top of page

Kerap sakit kepala? Double Vision? Juling? Tak Fokus? Ini punca dari skrin

Updated: 1 day ago

Kerap sakit kepala? Double Vision? Juling? Tak Fokus? Ini punca dari skrin
Petikan daripada Ebook Baru Saya. Pengalaman 20 tahun dalam satu ebook


Surat Kepada Anda Yang Akan atau Telah berumur 30-40 tahun.

 

Pernah tak anda rasa…

 

Anda nak bagi orang percaya ilmu dan pengalaman anda dalam menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi berat untuk orang terima?


Bukan senang nak fahamkan, bila ada individu yang mata letih depan skrin. kerap sakit kepala? Selalu jadi Double Vision, Juling, Tak Fokus, Ini semua boleh berpunca dari skrin. Orang dewasa, kanak-kanak, malah warga emas juga boleh terkesan.

 

Masalah mata ini pun salah satu misteri yang ramai orang sekeliling anda salah faham. Termasuklah anda yang sedang membaca buku ini sekarang.

 

Saya bagi contoh.

 

Saya dapati kes yang saya jumpa semakin bertambah bagi golongan berumur 30–40 tahun. Stamina mata mereka untuk mengekalkan posisi straight semakin menurun. Terutama bagi yang dari zaman kanak-kanak memang sudah ada masalah juling pendam.

 

Juling pendam ni, boleh kata semua orang ada.

 

Mesti anda tak tahu.

 

Tetapi setiap orang punya saiz dan jenis juling pendam tu tak sama. Bila lebih tinggi dari yang normal, mereka ni lah yang paling banyak tekanan dalam hidup — dari zaman belajar hinggalah ke zaman kerjaya.

 

Kajian oleh Huang et al. (2019) dalam jurnal BMC Ophthalmology mendapati peningkatan masa penggunaan skrin berkait rapat dengan penurunan fusional vergence — (salah satu jenis stamina mata yang selalu saya ukur untuk tahu kuat atau tak seseorang itu nak pegang dua mata agar selalu straight) — dan peningkatan risiko decompensated esophoria (juling pendam yang tak mampu dikawal lagi) kepada manifest strabismus (juling yang nampak jelas).

 

Jadi bukan soal mata lemah.

Ini soal sistem visual yang overloaded — terbeban berlebihan.

Dan kalau tak ditangani awal, Juling yang hanya hadir masa penat - kini bertukar kepada juling kekal!


 


Seorang pelajar berumur 14 tahun datang ke pusat vision therapy saya. Aduannya ringkas: mata cepat letih.

 

Ibunya sangka dia mengada-ngada. Cikgu pula kata dia tak fokus di dalam kelas. Doktor kata matanya sihat-sihat sahaja.

 

Tapi bila saya periksa fungsi mata dia — saya nampak sesuatu yang tiada siapa perasan.

 

Pelajar ni dah kehilangan banyak stamina untuk mengawal dua matanya. Satu mata asyik terlepas dari posisi normal sehingga menyukarkan untuk membaca perkataan demi perkataan secara teratur, tersusun, dan lancar.

 

Dia nak faham apa yang dia baca, dia terpaksa berulang kali membaca baris ayat yang sama — disebabkan kawalan stamina mata yang tidak normal.

 

Saya nampak dari ujian: ibubapa, guru, malah pakar yang cek mata pelajar ini terlepas pandang. Atau tidak pernah pun tahu wujudnya masalah stamina mata ni.


Cikgu Amin dengan masalah Juling ke dalam (Esotropia). Cermin Terapi telah banyak membantunya.
Cikgu Amin dengan masalah Juling ke dalam (Esotropia). Cermin Terapi telah banyak membantunya.



Dia bukan satu-satunya.

 

Dalam 20 tahun saya berkhidmat sebagai optometris, saya jumpa puluhan ribu orang seperti dia. Guru yang hilang keyakinan sebab matanya mula juling. Pekerja pejabat yang ambil panadol macam makan vitamin. Kanak-kanak yang digelar “malas” sedangkan matanya adalah penghalang terbesar.

 

Dan hampir semua mereka ada satu persamaan:

 

Bila buat pemeriksaan biasa, semua nampak OK.

 

Sedangkan masalah sebenar tersembunyi — dalam cara mata bekerja.

 

Berbagai istilah digunakan dalam bidang saya. Binocular Vision Problem. Vision Problem. Binocular Vision Dysfunction. Itu nama besar. Dipecah pula lagi kepada nama-nama masalah dalam kategori Eye Teaming Problem, Eye Focusing Problem, Eye Tracking Problem dan sebagainya.

 

Tapi nama tak penting untuk anda. Yang penting ialah ini:

 

Masalah ini wujud. Ia ganggu kehidupan. Dan ia boleh dirawat.

 

• • •

Anggaran saya, lebih 90% orang yang saya rawat, tak pernah wujud pun idea dalam minda bahawa mata mereka — atau ahli keluarga mereka — ada masalah yang ganggu kehidupan dan boleh dirawat.

 

Rata-rata juga mereka menunggu bertahun untuk buat temujanji yang pertama dengan saya. Setelah benar-benar berputus asa cuba merawatnya sendiri dengan pelbagai cara.

 

Kira saya ni macam last choice.

 

Saya tak marah lah. Sebab nak terangkan masalah mata yang tak nampak dengan mata kasar, bukan mudah. Nak yakinkan lagi la susah.

 

Walaupun beribu video saya buat menerangkan masalah cara mata bekerja ni — yang boleh bagi simptom seperti kerap sakit kepala, penat luarbiasa, hilang fokus, kabur, nampak berganda dan juling — saya akur, ia hanya dapat diyakinkan 100% bila mereka datang ke praktis saya.

 

Ujian cara mata bekerja tu dibuat. Diagnosis ditentukan. Dan mereka sendiri merasai perbezaan setelah cermin mata terapi dipakai.

 

Ketika itu barulah semuanya ‘click.’


 

• • •

Tidak kisahlah berapa lama seseorang itu akan berfikir dan mengambil tindakan. Yang penting, saya nak terus menghantar mesej:

 

Jangan dilupakan — masalah mata yang tak selesai akan menjemput kehidupan yang penuh dengan tekanan.

 

Inilah yang mendorong saya menulis buku ini.

 

Bila kehidupan kita dah penuh dengan melihat skrin yang lama, perlahan-lahan mata mendapat kesan buruknya.

 

Jangan salah faham — bukan saya menentang penggunaan skrin. Tapi soalannya: apa yang kita boleh buat? Apa yang kita boleh adapt dengan kehidupan skrin ini? Terutamanya dalam nak menjaga kesihatan mata?

 

Bagi saya, jika seseorang itu dah pun buat ujian kesihatan dan hasilnya normal, dan bila buat pemeriksaan mata bersama pakar pun dikatakan normal — mana datangnya simptom?

 

Bila penat, mula sakit kepala sekeliling mata dan kening. Kita nampak kabur. Silau. Double vision. Juling.

 

Ini misteri yang perlu dirungkaikan.

 

Ia jadi misteri kerana seseorang itu tidak pernah buat ujian tahap normal mata ketika ia sedang bekerja. Tak kisahlah ketika melihat skrin lama-lama, belajar lama-lama, atau memandu berjam-jam.

 

Sebab dari data ini, boleh dibuat kesimpulan. Dan rawatan akan buatkan kerjasama antara dua mata dan otak yang bekerja menjadi lebih senang, berlaku lebih automatik, dan dalam stamina yang tinggi.

 

Resultnya?

 

Sebahagian simptom yang kita tak suka akan semakin lenyap.

 

• • •

Buku ini saya tulis bukan untuk menakutkan anda. Tapi untuk menyedarkan. Bahawa masih belum terlambat untuk menyelamatkan penglihatan anda.

 

Bacalah dengan hati terbuka.

Dan jika anda rasa kisah dalam buku ini seperti pengalaman anda sendiri —

 

Jangan malu. Jangan tunggu.

 

— Shahrizal Redwan, Optometris



 
 
 

Comments


© 2026 by Shahrizal Redwan

bottom of page