top of page

Panduan Lengkap Masalah Mata Akibat Gajet: Rabun, Silau & Sakit Kepala


Dalam dunia hari ini, hampir mustahil untuk hidup tanpa skrin. Telefon, komputer, tablet — semuanya jadi sebahagian daripada hidup kita.


Tapi apa yang ramai tak tahu, penggunaan skrin yang berlebihan boleh mencetuskan masalah mata yang sangat serius: rabun makin naik, mata jadi kabur, dan sakit kepala tak henti-henti.


Saya tulis panduan ini bukan sekadar dari ilmu teori.


Sebagai seorang optometris yang merawat ratusan pesakit mata stress setiap bulan, saya lihat sendiri bagaimana ramai yang datang dalam keadaan tertekan — mata silau waktu malam, pening kepala waktu kerja, atau anak yang langsung tak boleh fokus bila belajar.


Ramai yang sangka ini masalah biasa. Ramai yang cuma tukar spek berkali-kali — tapi simptom tak pernah hilang.


Saya faham betapa frust-nya rasa tu.


Dalam panduan ini, saya akan tunjuk:


  • Punca sebenar rabun dan sakit kepala akibat gajet

  • Kesilapan biasa dalam memilih cermin mata

  • Dan yang paling penting — cara rawat yang selamat, tanpa ubat, tanpa pembedahan


Kalau anda dah lama tercari-cari jawapan, anda berada di tempat yang betul.









Pengenalan: Bila Skrin Jadi Musuh Senyap Mata Kita



Telefon pintar. Laptop. Tablet. Semua ini memudahkan hidup — tapi tanpa kita sedar, mata kita semakin hari semakin letih.


Saya menulis panduan ini sebagai seorang optometris profesional yang telah membantu ribuan pesakit sejak lebih 20 tahun lalu.


Pengalaman saya dalam bidang terapi penglihatan (visual function therapy) menjadikan saya saksi kepada perubahan besar dalam gaya hidup moden — di mana skrin telah menggantikan buku, papan putih, malah perbualan secara bersemuka.


Dan akibatnya? Mata menjadi mangsa senyap.


Rabun makin meningkat, silau semakin ketara, dan sakit kepala jadi masalah harian. Lebih parah, JULING yang tak diundang mula hadir memberi tekanan anxiety dan depression.


Dalam panduan ini, saya akan dedahkan secara ringkas yang sepatutnya semua orang tahu :


  • Punca sebenar rabun dan silau akibat penggunaan skrin

  • Kenapa sakit kepala tak hilang walaupun power cermin mata betul

  • Rawatan klinikal dan terapi tanpa ubat yang saya gunakan dan terbukti berkesan



Saya juga akan selitkan hasil kajian saintifik terkini sebagai bukti sokongan kepada setiap langkah yang anda boleh ambil.



1. Rabun Jauh Semakin Tinggi Kerana Gajet



Mata manusia secara semula jadi dicipta untuk melihat jauh — tetapi gajet telah mengubah rutin ini.


Apabila anda melihat skrin terlalu dekat dan terlalu lama, bola mata dipaksa fokus dan ini menyebabkan otot mata dalam keadaan tegang.


Bayangkan anda hanya cek power rabun, tapi tak pernah tahu pun situasi yang berlaku pada otot mata itu setelah seharian memandang skrin.


Menurut kajian dari National Eye Institute (USA), kanak-kanak yang terdedah kepada skrin lebih dari 2 jam sehari berisiko dua kali ganda untuk mengalami peningkatan rabun jauh (myopia).


Sebagai seorang optometris yang menjalankan penilaian visual menyeluruh, saya dapati:


  • Rabun meningkat dengan cepat dalam kalangan remaja aktif digital

  • Ramai ibu bapa tidak sedar kerana anak masih boleh melihat papan putih

  • Pemeriksaan mata biasa tidak mengesan rabun tersembunyi atau stamina visual yang rendah



Di pusat rawatan saya, ujian fungsi visual seperti akomodasi, vergens, eye teaming dan endurance menjadi kunci untuk diagnosis yang tepat dalam merawat dan mencegah mata menjadi lebih serius kerosakan akibat dari paparan skrin.




2. Sakit Kepala Kronik: Bukan Migrain, Tapi Mata Yang Tertekan



Setiap minggu, saya menerima pesakit yang datang dengan aduan pening sebelah kepala, rasa berdenyut di belakang mata, atau migrain sebelah petang (dan lebih spesifik setelah penat melihat skrin). Selepas scan otak — semuanya normal.


Bila diuji di pusat saya, kebanyakannya menunjukkan ketidakseimbangan dalam sistem fokus atau koordinasi dua mata. Bila masalah ini berlaku, ujian tahap VISUAL STRESS secara serius perlu dilakukan.


Kajian dalam jurnal “Optometry and Vision Science” menunjukkan bahawa Visual Stress Syndrome (VSS) adalah penyebab utama kepada sakit kepala yang berkait dengan penggunaan skrin. Ini berlaku apabila mata gagal mengekalkan kestabilan ketika melihat objek dekat terlalu lama.


Saya pernah merawat seorang jurutera IT yang hampir setiap hari bergantung pada ubat tahan sakit. Selepas 3 bulan dengan cermin mata terapi dan latihan visual yang saya reka khas, beliau bebas dari ubat — dan kembali produktif.


Beliau macam tak sangka, semuanya berpunca dari masalah skill mata yang dah terkesan dengan skrin!




3. Silau Waktu Malam dan Penglihatan Berbayang



Astigmatisma adalah lebih daripada sekadar “silau”. Ia mengganggu kejelasan imej dan memaksa otot mata bekerja lebih keras.


Saya dapati ramai yang diberi spek berdasarkan silau atau kabur yang dia nampak sahaja — tanpa menyemak kesan power rabun terhadap kestabilan dua mata dan cara imej itu di fokus pada saraf mata.


Jika dua mata menerima imej yang tidak psama kualitinya, ia akan:


  • Melemahkan keupayaan otak menggabungkan maklumat visual

  • Menyebabkan cepat penat ketika membaca

  • Menimbulkan sakit kepala dan double vision secara berkala



Saya menggunakan kaedah binocular balance testing untuk mengoptimumkan pemakaian kanta dan mengurangkan simptom rasa silau disebabkan mata yang dah terkesan dengan skrin, supaya ia bukan hanya jelas, tetapi stabil untuk kedua-dua belah mata.




4. Bila Mata Mula Juling Bila Penat



Juling sementara (intermittent strabismus) semakin banyak saya lihat hari ini — dan kebanyakannya berpunca daripada tekanan visual berlebihan.


Ada yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat, namun ada juga yang dah cuba berusaha mencari rawatan berkesan namun hampa.


Pekerja pejabat, pelajar, bahkan ibu rumah tangga yang sering menghadap telefon melaporkan perkara sama:


“Bila saya penat sangat, mata saya rasa lari sebelah.”

Ini bukan ilusi. Ini adalah tanda bahawa sistem kawalan mata anda (eye teaming) sudah tidak mampu bertahan. Jika tidak dirawat awal, ia boleh menjadi juling kekal.


Rawatan saya bermula dengan:


  • Cermin mata terapi khas dengan elemen prisma adaptif

  • Latihan mingguan seperti vergence jump, brock string dan eye endurance drills

  • Penilaian setiap bulan untuk sesuaikan kekuatan terapi



Dalam banyak kes, juling boleh dikawal dan dibalikkan — tanpa perlu pembedahan. Paling baik apabila mata masih boleh diaktifkan kedua-duanya secara serentak. Kemahiran ini biasanya semakin pudar bila tidak cepat-cepat rawat masalah juling apabila penat ini.




5. Anak Tak Boleh Fokus Bila Belajar? Jangan Salahkan Sikap Dulu



Saya pernah merawat seorang murid 8 tahun yang dikatakan “malas dan pelupa”. Tetapi selepas ujian visual saya jalankan, rupanya dia hanya mampu bertahan 20-30 minit melihat dekat sebelum kabur dan nampak double vision.


Dengan cermin mata rawatan dan terapi ringan, dalam 3 bulan, fokus dan keyakinan dirinya meningkat — dan dia naik nombor dua dalam kelas.


Kajian dari Journal of Behavioral Optometry membuktikan bahawa masalah konvergensi dan akomodasi lemah boleh menyebabkan masalah pembelajaran — yang sering disalah anggap sebagai isu sikap atau ADHD.




Apa Yang Anda Boleh Lakukan Hari Ini?



✔️ Jangan abaikan simptom kecil seperti silau, pening petang atau mata cepat letih


✔️ Dapatkan pemeriksaan visual fungsi, bukan sekadar power biasa


✔️ Gunakan cermin mata yang direka khas untuk aktiviti digital, bukan satu spek untuk semua


✔️ Pertimbangkan terapi penglihatan jika simptom mengganggu aktiviti harian




Penutup: Bila Mata Anda Kembali Kuat, Hidup Anda Pun Lebih Jelas



Saya percaya setiap orang berhak mendapat penglihatan yang bukan sekadar jelas — tetapi selesa, stabil dan tahan lama.


Sebagai optometris yang berdedikasi dalam rawatan penglihatan fungsi, saya komited untuk bantu anda capai versi terbaik diri anda — bermula dari mata.


👉 Klik di sini untuk buat Ujian Skor Mata Percuma: [masukkan link]



Kerana pandangan yang sihat bukan hanya tentang melihat, tetapi tentang bagaimana anda HIDUP dengan KUALITI pandangan yang sedia ada.




 
 
 

Recent Posts

See All
20. Double String Fixation

Latihan Double String Fixations ini bantu peserta bina fokus dua mata secara serentak. Mata jadi lebih cekap dan koordinasi makin mantap.

 
 
 

Comments


© 2025 by Rizal Optometris Holdings Sdn Bhd

bottom of page