top of page

Mungkin anda jenis kerja depan skrin 6–10 jam sehari.

 

Mungkin anda

  • pelajar,
  • cikgu,
  • programmer,
  • designer,
  • content creator.

 

Atau mungkin anda ibu bapa yang selalu pening tengok anak asyik mengadu sakit kepala bila buat homework depan komputer.

 

Dan paling stress…

Dah banyak kali tukar cermin mata.

Power naik turun, coating macam-macam jenis dah cuba.

Tapi rasa penat, sakit kepala, kabur, hilang fokus — masih sama.

 

 

“Doktor kata mata normal, tapi kenapa hidup saya tak normal?”

 

Ini ayat yang saya dengar berulang kali di pusat rawatan saya.

 

Ada yang datang lepas jumpa ramai doktor, dah bermacam klinik dan hospital. Siap dengan cara tradisional lagi.

 

MRI normal.

Ujian darah normal.

Tekanan darah ok.

 

Tapi setiap petang, lepas kerja (atau belajar) kepala berdenyut.

Mata rasa berat.

Macam otak “hang” bila baca dokumen atau slide yang panjang.

 

Ramai yang mula fikir:

“Agaknya aku ni lemah semangat…”

“Atau aku ni memang pemalas, sebab tak boleh fokus lama…”

 

Sedangkan punca sebenar bukan malas.

Bukan manja.

Bukan semata-mata “kurang tidur”.

 

Puncanya ada pada cara mata dan otak anda bekerjasama.

 

 

Masalahnya bukan pada power cermin mata sahaja

 

Dalam dunia optometri, kita panggil ini

 Binocular Vision Dysfunction.

 

Bahasa mudah: dua mata tak “sekapal”.

 

Contohnya:

 

  • Mata tak dapat berkumpul elok bila tengok dekat (Convergence Insufficiency).

  • Sistem fokus mata cepat penat (Accommodative Insufficiency).

  • Pergerakan mata tak teratur bila membaca (Oculomotor Problem).

 

Masalah macam ini selalunya tak nampak dalam ujian mata biasa yang hanya fokus pada rabun jauh, rabun dekat, atau silau.

 

Sebab itu ramai yang:

 

  • Tukar cermin mata berkali-kali.

  • Cuba ubah kerusi, meja, lampu.

  • Kurangkan kopi, tambah vitamin.

 

Tetap sama.

 

 

 Kenapa saya tulis ebook “Bye Bye Mata Penat”

 

Selepas lebih 20 tahun jumpa kes macam ini, saya nampak satu corak yang sama:

 

Ramai orang menderita senyap-senyap.

Bawa mata penat ini bertahun-tahun.

Sampai prestasi kerja jatuh, pointer merosot, emosi terganggu.

 

Semua ini boleh difahami, dan banyak kes sebenarnya boleh dirawat dengan betul.

 

Sebab itu saya himpunkan pengalaman klinik Vision Therapy, kes sebenar, dan ilmu terkini tentang Vision Therapy ke dalam satu ebook yang ringkas, bahasa santai, terus kepada point:

 

“Bye Bye Mata Penat – Rahsia Pengguna Skrin Bijak Rawat Mata Penat Dengan Vision Therapy”

 

Dalam ebook ini saya tunjukkan:

 

  • Bagaimana bezakan rabun biasa dengan masalah fungsi visual.

  • Kenapa sakit kepala anda muncul bila buat kerja dekat, walaupun power nampak “perfect”.

  • Self-check ringkas untuk kesan 8 tanda mata penat yang serius.

  • Bila anda patut mula pertimbangkan pemeriksaan fungsi visual dan Vision Therapy.

  • Langkah praktikal yang anda boleh mula buat sekarang untuk bantu mata dan otak “bernafas”.

 

 

Kalau anda rasa

 “ini macam cerita aku…” 

 

Jujur saya cakap:

Ebook ini saya tulis memang untuk anda.

 

Harga asal ebook ini RM59.

Untuk tempoh terhad, saya buka harga promo hanya RM39.

 

Bezanya bukan sekadar RM20.

 

Bezanya ialah — anda teruskan hidup macam sekarang, atau anda mula faham apa yang sebenarnya berlaku pada mata anda dan ambil langkah pertama untuk berubah.

 

Jika anda nak berhenti teka-teka,

dan nak jawapan yang lebih jelas tentang mata penat anda,

 

👉  Dapatkan ebook “Bye Bye Mata Penat” sekarang dengan harga promo RM39.

 

Baca satu bab pertama pun ramai pembaca dah rasa:

 

“Patutlah selama ni aku rasa macam ni…”

 

Bila anda faham, barulah anda betul-betul boleh kata,

 

“Cukup. Sampai sini saja mata penat ini.”

 

Rizal,

Optometrist Malaya Anda!

eBook Bye Bye Mata Penat

RM59.00 Regular Price
RM39.00Sale Price

    © 2025 by Rizal Optometris Holdings Sdn Bhd

    bottom of page