top of page

Cermin Mata Punca DOUBLE VISION & JULING? Kisah Nazim, 19 tahun.


Pernah tak anda rasa cermin mata yang anda pakai, rasa dunia ni terang tapi tak selesa? Atau bila baca buku lama-lama, tengok telefon lama-lama, mata rasa penat sangat sampai ada masa automatik tutup sebelah mata barulah rasa lega?


Dulu tak juling, sekarang mula nampak juling?

Dulu pandangan elok satu, kini dah jadi double?


Kalau jawapan anda ya, artikel ini wajib anda baca sampai habis.


Hari ini kita nak cerita tentang Nazim, seorang remaja berusia 19 tahun yang kini terpaksa hidup dengan mata juling – dan puncanya? Cermin mata yang dia pakai sejak umur 14 tahun.


Ya, anda baca dengan betul. Cermin mata yang sepatutnya membantu, sebenarnya telah menjadikan masalahnya lebih teruk.


Bagaimana Semua Ini Bermula


Remaja Gamer Yang Jadi Mangsa


Nazim dahulu seorang gamer tegar. Setiap hari berjam-jam menatap skrin telefon, bermain sampai mata dah mula kabur barulah berhenti. Macam ramai remaja zaman sekarang juga, kan?


Apabila umur mencecah 14 tahun, dia mula rabun dengan power yang tinggi. Maka, ibu bapanya membawanya untuk pemeriksaan mata dan dia diberikan cermin mata dengan power yang “sesuai” mengikut pemeriksaan standard.


Namun, ada satu perkara yang tidak kena.


Tanda Amaran Yang Semua Orang Terlepas Pandang


Inilah bahagian yang paling menyedihkan. Masalah mata juling yang Nazim alami sekarang sebenarnya boleh dijangka sejak dia berumur 14 tahun lagi.


Ya, anda baca dengan betul. Ada cara untuk:


  • Menguji risiko mata menjadi juling

  • Mengesan masalah lebih awal sebelum jadi teruk

  • Menilai sama ada power cermin mata akan memberi kesan negatif atau positif terhadap kedudukan mata



Namun, perkara ini jarang sekali dilakukan.



Apa Kata Kajian Saintifik: Hubungan Yang Ramai Tak Tahu


Sebelum kita sambung kisah Nazim, mari kita lihat apa kata sains tentang isu ini. Jawapannya agak menakutkan.


Kajian 1: Myopia dan Strabismus Ada Hubungan Yang Kuat


Satu kajian systematic review dan meta-analysis yang diterbitkan dalam Scientific Reports (2016) melibatkan 23,541 subjek mendapati sesuatu yang mengejutkan:


Kanak-kanak dengan rabun (myopia) mempunyai risiko 5.23 kali ganda lebih tinggi untuk mengalami exotropia (mata lari keluar) berbanding mereka yang tidak rabun.


Kajian ini menjelaskan bahawa:


  • Fusional control (kawalan mata untuk fokus) dalam kalangan individu myope menjadi lemah kerana penglihatan jauh mereka sudah kabur

  • Untuk melihat objek dekat, individu myope kurang perlu bekerja keras untuk fokus (accommodative effort berkurang)

  • Ini menyebabkan accommodative convergence tidak dirangsang dengan baik

  • Akibatnya, mata mula lari keluar



Daripada pengalaman saya, keadaan seperti ini biasanya saya temui apabila seseorang sudah lama rabun tetapi baru mula memakai cermin mata.


Kajian 2: Double Vision Dalam Kalangan Remaja – Lebih Biasa Daripada Yang Disangka


Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam BMC Ophthalmology (2023) yang mengkaji 199 pesakit dengan intermittent exotropia (mata lari sekejap-sekejap) dan myopia di China mendapati bahawa:


  • 63.8% pesakit mempunyai jenis convergence insufficiency – sama seperti masalah Nazim

  • Pesakit ini mempunyai perbezaan power myopia yang tinggi antara kedua-dua mata

  • Mata dominan biasanya kurang myopic berbanding mata bukan dominan



Kedengaran sangat serupa dengan keadaan Nazim.




Apa Maksudnya Untuk Nazim (Dan Mungkin Anda Juga)


Dalam konteks Nazim:


  1. Dia seorang high myope dengan power yang tinggi

  2. Dia memakai cermin mata berpower tinggi sejak umur muda

  3. Dia mengalami double vision sejak kali pertama memakai cermin mata (tapi anggap normal)

  4. Kini dia mengalami double vision berserta mata juling



Semua tanda amaran sudah jelas sejak awal.




Perjalanan Hospital: Dua Hospital, Banyak Ujian, Tiada Jawapan


Ayah Nazim bukan jenis yang ambil mudah. Bila melihat mata anaknya semakin hari semakin lari, dia segera bertindak.


Hospital pertama: Pemeriksaan lengkap – semuanya dikatakan normal.

Hospital kedua: Pemeriksaan lagi, termasuk MRI scan.


Keputusan? Semua nampak “normal.”


  • Tiada tumor

  • Tiada masalah otak

  • Kesihatan mata dan power rabun semuanya “cantik”



Namun inilah yang mengejutkan.




Kesimpulan Pakar Yang Mengecewakan


Nazim memberitahu doktor bahawa dia:


  • Mengalami double vision

  • Sukar melihat objek dekat

  • Perlu menutup sebelah mata untuk membaca

  • Tidak boleh membaca dengan baik tanpa menutup sebelah mata



Selepas semua ujian selesai, doktor memanggil ayahnya masuk ke bilik dan meminta Nazim tunggu di luar.


Ayahnya kemudian menceritakan kepada saya apa yang doktor katakan:


“Pernah kita jumpa kes macam ni. Budak-budak ni sebenarnya tak nak sangat pergi sekolah, jadi dia cipta alasan begini.”


Serius? Seorang remaja yang:


  • Sudah bertahun-tahun mengadu double vision bila penat

  • Perlu menutup sebelah mata setiap hari untuk membaca

  • Mata yang jelas kelihatan juling apabila balik dari sekolah

  • Sudah jalani MRI dan sah tiada masalah otak



… dikatakan cuma “buat alasan”?




Realiti Sebenar


Inilah antara kelemahan paling besar dalam sistem kita. Apabila semua ujian standard menunjukkan hasil “normal,” pesakit pula yang disalahkan.


Hakikatnya, bila sesuatu masalah tak muncul dalam ujian standard, itu tidak bermaksud masalah itu tak wujud.


Masalah Nazim adalah FUNCTIONAL, bukan structural. Matanya sihat dari segi fizikal, tetapi cara kedua-duanya bekerja bersama tidak normal.




“Saya Ingat Itu Normal” – Kebenaran Yang Menyakitkan

Apabila Nazim mula memakai cermin mata pada umur 14 tahun, dia sebenarnya mengalami sesuatu yang tidak normal. Tapi dia menyangka semua orang alami perkara yang sama.


Hari pertama memakai cermin mata:


  • Terus nampak double vision

  • Pandang dekat – double

  • Pandang jauh – double

  • Mata susah nak kawal

  • Semuanya berganda, dan lama-kelamaan double itu hilang, tapi mata pula jadi juling



Nazim fikir, “Oh, ini normal lah. Semua orang mesti nampak double dulu bila pakai cermin mata. Nanti hilang.”


Tidak, itu bukan normal. Itu tanda besar yang semua orang terlepas pandang.




Cara Nazim Menyesuaikan Diri (Yang Akhirnya Jadi Tabiat)


Oleh sebab tiada siapa beritahu bahawa itu bukan normal, Nazim mencari jalan sendiri untuk menyesuaikan diri.


Penyelesaian 1: Tutup Sebelah Mata


  • Bila membaca, tutup sebelah mata

  • Bila nak fokus, tutup sebelah mata

  • Bila buat kerja sekolah, tutup sebelah mata



Penyelesaian 2: Tanggalkan Cermin Mata


  • Bila tanggalkan cermin mata, baru boleh fokus dengan baik, terutamanya untuk jarak dekat

  • Tapi ini menafikan tujuan sebenar memakai cermin mata



Penyelesaian 3: Otak “Menutup” Satu Mata


  • Bila tengok jauh dengan cermin mata, otak automatik matikan satu mata untuk elak double vision

  • Sebab itu mata jadi juling

  • Tapi bila tengok dekat, masalah masih sama





Masalah Penyesuaian


Nazim juga menghadapi satu lagi cabaran besar di sekolah.


Bayangkan anda berada dalam kelas:


  • Bila cikgu mengajar di depan, mata ambil masa lama untuk adjust supaya nampak jelas

  • Bila nak tengok buku di meja, ambil masa lama lagi untuk fokus



Mata dia seolah-olah sentiasa berperang untuk fokus – dan setiap kali, dia kalah.


Untuk pelajar, ini penyeksaan. Bagaimana nak fokus belajar kalau mata pun tak boleh bekerjasama dengan baik?




Ujian Diri: Adakah Ini Berlaku Pada Anda?


Sebelum anda fikir ini masalah orang lain, ambil dua minit untuk jawab soalan-soalan ini secara jujur.


Tentang Cermin Mata:


  1. Bila pakai cermin mata baru, pernah rasa pening atau nampak double?

  2. Bila tengok objek dekat, anda lebih suka buka cermin mata?

  3. Rasa macam lebih senang nampak tanpa cermin mata untuk kerja jarak dekat?



Tentang Penglihatan:

4. Pernah alami double vision walaupun sekejap?

5. Mata pernah rasa susah nak “bekerjasama”?

6. Pernah tutup sebelah mata sebab senang nak nampak jelas?


Tentang Fokus:

7. Bila tukar pandangan dari jauh ke dekat, mata ambil masa lama nak adjust?

8. Baca lama-lama buat mata cepat penat?

9. Rasa macam mata sentiasa “berlawan” untuk fokus?


Tentang Power:

10. Power naik setiap tahun?

11. Power lebih tinggi daripada -3.00?

12. Mata pernah rasa letih walaupun dengan cermin mata dipakai?


Jika anda jawab “Ya” pada 3 soalan atau lebih, anda mungkin berisiko.

Jika “Ya” pada 5 soalan atau lebih, sila dapatkan pemeriksaan Binocular Vision Assessment secepat mungkin.


Jangan tunggu sampai mata dah juling baru nak bertindak. Mungkin waktu itu sudah terlambat untuk pulih sepenuhnya.




Kebenaran Tentang Cermin Mata Yang Jarang Didedahkan


Cermin mata sepatutnya membantu, bukan memudaratkan.

Tetapi ramai tak tahu bahawa:


Kita terlalu fokus pada:


  • Reka bentuk yang cantik

  • Jenama yang popular

  • Teknologi moden seperti blue light filter, photochromic dan anti-glare



Sedangkan apa yang sepatutnya diberi perhatian ialah:


  • Kesan power terhadap sistem mata

  • Sama ada preskripsi boleh menyebabkan kerosakan jangka panjang

  • Fungsi binocular vision

  • Hubungan antara accommodation dan convergence

  • Penilaian risiko untuk strabismus





Perjalanan Power Yang Diabaikan


Sebelum pakai cermin mata:


  • Mata masih lurus

  • Pandangan kabur tetapi kedua-dua mata bekerja bersama



Selepas preskripsi yang tidak sesuai:


  • Double vision muncul (tapi diabaikan sebab “akan adapt”)

  • Mata mula lari perlahan-lahan

  • Otak kompensasi dengan menutup satu mata

  • Mata jadi juling

  • Kerosakan kekal berlaku



Inilah yang berlaku kepada Nazim.

Daripada mata yang normal, kini menjadi mata yang tidak sejajar dan tidak berfungsi seperti dahulu.


Dan perkara ini sebenarnya boleh dicegah.




Lima Komponen Penting Yang Selalu Tidak Diuji


Menurut penilaian optometrik lanjutan, ada lima elemen penting yang sepatutnya disokong oleh cermin mata yang betul:


  1. Penglihatan jelas dan tunggal (Clear, Single Binocular Vision)

  2. Fokus selesa pada semua jarak (Comfortable Accommodation)

  3. Keupayaan convergence yang mencukupi

  4. Keupayaan menukar fokus jauh-dekat dengan lancar (Smooth Vergence Facility)

  5. Hubungan seimbang antara accommodation dan convergence



Cermin mata Nazim gagal dalam kelima-lima aspek ini.


Persoalannya sekarang, adakah preskripsi anda menyokong kelima-lima ini?




Apa Yang Anda Perlu Buat Sekarang


Langkah 1: Jangan panik, tapi jangan abaikan juga.

Masalah ini serius, tetapi masih boleh dirawat jika bertindak awal.


Langkah 2: Buat penilaian penglihatan yang menyeluruh.

Bukan sekadar baca huruf di carta. Anda perlukan:


  • Pemeriksaan binocular vision

  • Ujian accommodation

  • Ujian convergence

  • Ujian vergence facility

  • Penilaian AC/A ratio



Cari optometris yang mahir dalam bidang binocular vision dan vision therapy.


Langkah 3: Semak semula preskripsi anda.

Jika anda mengalami perkara seperti:


  • Double vision walaupun sekejap

  • Lebih selesa baca tanpa cermin mata

  • Perlu tutup sebelah mata untuk fokus

  • Mata cepat letih

  • Ambil masa lama untuk adjust antara jauh dan dekat



Preskripsi anda mungkin tidak sesuai.

Jangan terima alasan “nanti akan adapt”. Jika tak selesa, itu tandanya ada yang tidak kena.


Langkah 4: Hadkan masa skrin (terutamanya bagi kanak-kanak).

Nazim dulu seorang gamer tegar. Hubungan antara penggunaan skrin berlebihan, myopia, dan stress visual adalah benar.


Kajian menunjukkan masa luar yang mencukupi dapat membantu mencegah permulaan myopia. Maka:


  • Galakkan aktiviti luar

  • Ikut peraturan 20-20-20 (setiap 20 minit, pandang 20 kaki jauh selama 20 saat)

  • Hadkan masa skrin berterusan





Pengajaran Daripada Kisah Nazim


Tanda awal sangat penting. Kajian saintifik mengesahkan bahawa kanak-kanak myopia mempunyai risiko 5.23 kali ganda lebih tinggi mengalami exotropia. Double vision dan kesukaran adaptasi bukanlah “tempoh penyesuaian normal”. Ia tanda amaran awal.


Tidak semua ujian mata sama. Ujian standard hanya menilai sama ada anda boleh nampak jelas, bukan sama ada mata anda bekerja dengan baik bersama.


“Power tinggi” tidak semestinya penyelesaian terbaik, terutamanya untuk remaja myopic. Matlamatnya bukan sekadar penglihatan jelas, tetapi penglihatan yang selesa, seimbang dan berfungsi.


Dan paling penting, dengar badan anda – atau anak anda. Jika rasa ada yang tidak kena, jangan anggap normal.


Pencegahan jauh lebih mudah daripada rawatan. Bila mata sudah juling, proses pemulihan sangat sukar.




Realiti Nazim Hari Ini


Nazim kini berumur 19 tahun. Setiap hari dia:


  • Menutup sebelah mata untuk membaca

  • Mengalami double vision

  • Matanya kelihatan tidak sejajar

  • Menjadi perhatian dan pertanyaan orang

  • Prestasi akademiknya merosot

  • Kualiti hidupnya menurun



Semua ini berpunca daripada sepasang cermin mata yang tidak diperiksa dengan menyeluruh.


Namun perkara ini tidak perlu berlaku pada anda atau anak anda. Maklumat dan ujian yang betul sudah ada. Hanya perlu:


  1. Sedar

  2. Tahu soalan yang perlu ditanya

  3. Buat penilaian yang betul

  4. Bertindak awal





Langkah Seterusnya


  1. Kongsi artikel ini dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang memakai cermin mata

  2. Tempah pemeriksaan mata menyeluruh yang termasuk penilaian binocular vision

  3. Jangan terima alasan “nanti akan adapt” jika tidak selesa

  4. Catat simptom yang dialami dan beritahu optometris anda

  5. Kekal peka tentang pengurusan dan pencegahan myopia



Cermin mata sepatutnya menjadikan hidup anda lebih baik, bukan sebaliknya.

Jika tidak, sudah tiba masa untuk tahu sebabnya.




Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penilaian penglihatan menyeluruh dan risiko jangka panjang akibat preskripsi cermin mata yang tidak sesuai. Semua maklumat saintifik disokong oleh kajian yang telah disemak rakan sebidang untuk memastikan ketepatan.


Jaga mata anda. Ia satu-satunya yang anda ada.




Rujukan:


  1. Scientific Reports (2016) – Refractive Errors and Concomitant Strabismus: A Systematic Review and Meta-analysis

  2. BMC Ophthalmology (2023) – Comparing myopic error in patients with basic and convergence insufficiency intermittent exotropia in China

  3. Management of Strabismus in Myopes – PMC





Comments


© 2025 by Rizal Optometris Holdings Sdn Bhd

bottom of page