Kisah Seorang Anak 6 Tahun Pulih Daripada Masalah Juling-Rupanya WAJIB Betulkan Design Cermin Matanya!
- Shahrizal Redwan

- Oct 29
- 3 min read
“Cepat, cepat. kita buat 20 saat ya. Okay, bagus.”
Begitulah saya memulakan sesi terapi hari itu.
Kisah kali ini tentang seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, yang datang ke Pusat Rawatan saya awal tahun 2025 dengan masalah mata kadang-kadang lari — dan makin lama makin kerap, walaupun sudah pakai cermin mata baru.
Punca Sebenar : Lazy Eye & Power Rabun yang Tidak Disesuaikan dengan Eye Teaming!
Sebelum jumpa saya, ibu bapanya dah bawa anak ini berjumpa beberapa pakar.
Cermin mata dah dibuat, power pun tinggi sebelah.
Mata kiri dah jadi Lazy Eye, tapi masih boleh nampak huruf besar waktu ujian.
Masalahnya — bila pakai dua-dua mata sekali, otak “susah nak terima.”
Otak (brain) lebih selesa guna satu mata sahaja akibat power rabun yang dipakai seolah buatkan otak dah tak ada motivasi nak terus guna dua mata secara serentak.
Dan dari situlah masalah mula timbul.
Mata yang lemah, yang kabur tu tak tunjukkan kemajuan, dan lama-kelamaan mula jadi keadaan juling apabila penat.
Pemeriksaan: Sistem Penggunaan 2 Mata (3D)
Bila saya buat ujian menyeluruh, saya dapati bukan power yang salah.
Power semua masih okay.
Tapi yang betul-betul jadi punca — power cermin mata meletihkan sistem penggunaan dua mata (3D).
Ini bermaksud, bila anak ni nak fokus pada objek terutamanya yang dekat, dua matanya tak boleh bekerjasama dengan baik.
Bila otot mata mula penat, satu mata akan mula lari.
Langkah Rawatan: Reka Cermin Mata Semula
Saya reka semula cermin mata dia.
Bukan ubah power, tapi ubah rekaan optik menggunakan prism khas.
Fungsi prism ni adalah untuk mewujudkan satu keadaan yang memudahkan otak untuk belajar guna dua mata secara serentak (pada tempoh yang lama walaupun ketika penat)
Macam bagi “bantuan mesin” supaya otak bertambah senang nak control dua-dua mata sekali.
Tapi proses ni tak semudah pakai cermin mata dan terus baik.
Saya pantau dulu — tengok respon.
Bila dah dapat set design cermin yang sesuai, saya buat peringkat seterusnya : Buat latihan terapi dan membuat kesimpulan, “Adakah mata boleh dilatih lagi menjadi lebih kuat?”
Proses Terapi Bersama Ibu Bapa
Setiap kali terapi, saya akan tunjuk depan ibu bapanya sendiri.
Supaya mereka tahu macam mana nak teruskan di rumah.
Terutama sekali bagi kes yang datang dari jauh.
Latihan ni penting, supaya setiap kali temujanji, bakal ada perubahan positif.
7 Bulan Kemudian: Keputusan Luar Biasa
Hari ini, bulan Oktober 2025.
Selepas 7 bulan terapi dan pemakaian cermin mata rawatan, perubahan sangat ketara.
✅ Anak ini suka pakai cermin mata dia sendiri.
✅ Masalah juling dah 90% hilang.
✅ Hanya bila penat sangat baru nampak sedikit drift.
✅ Mata tak cepat letih macam dulu.
✅ Lebih fokus waktu buat kerja sekolah.
✅ Dah mula minat mewarna dan melukis semula.
Mata kanan dan kiri kini bekerjasama hampir sepenuhnya.
Sepanjang terapi hari ini, saya buat 3 aktiviti berbeza — dan dalam ketiga-tiga aktiviti itu, mata dia tak lari langsung.
Syukur.
Bila saya uji, sudut lari mata dah berkurang 50–60%.
Harapan Jangka Panjang
Ayahnya tanya saya,
“Boleh datang lagi ke untuk buat terapi?”
Saya jawab, “Boleh, malah bagus kalau teruskan.”
Sebab terapi ni bukan sekadar rawat sekarang, tapi melatih brain dan mata untuk kekal stabil dalam jangka panjang.
Makin kerap otak dilatih guna dua mata bersama,
makin kuatlah koordinasi visual dia.
Kesimpulan
Kes seperti ini selalu saya jumpa —
anak yang power tinggi sebelah, mata jadi malas, akhirnya jadi juling bila penat.
Tapi bila kita reka cermin mata dengan betul,
bukan sekadar power sahaja, tapi latih otak dan mata bekerjasama,
hasilnya boleh ubah hidup anak itu sepenuhnya.
Terutama dalam lingkungan umur 11-12 tahun ke bawah.
Dia bukan saja akan nampak lebih jelas,
tapi lebih yakin, lebih fokus, dan lebih gembira kerana dua mata menjadi aktif dan tidak lagi juling apabila penat.
Jika anak anda alami masalah mata yang kadang-kadang lari, cepat penat bila membaca, atau susah fokus —
jangan tunggu sampai jadi kekal.
Dapatkan pemeriksaan ‘Binocular Vision’ apabila power sebelah mata lebih tinggi, dan juling apabila penat.






Comments